Friday, December 9, 2011

Kursus Umum Ukur Tanah 2011

Satu Kursus Umum Ukur Tanah telah diadakan pada 14 hingga 16 November 2011. Kursus ini melibatkan seramai 16 orang kakitangan pejabat ini. Para penceramahnya adalah terdiri daripada Penolong Pengarah Wilayah Utara sahaja. Kursus ini adalah sebahagian daripada syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu mewajibkan setiap pegawai kerajaan menjalani kursus selama 7 hari setahun.

Diantara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh Penolong Pengarah Wilayah Utara adalah seperti berikut:

1.  Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
2.  Perintah Am Bab C (Cuti)
3.  Perintah Am Bab B (Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan)
4.  Menangani Masalah Keberhutangan Yang Serius
5.  Mengurus Kewangan Secara Bijak
6.  Pengurusan Hutang
7.  Amalan Gaya Hidup Sihat
8.  Makan Secara Sihat
9.  Kesihatan Mental




No comments:

Post a Comment