Thursday, October 7, 2010

Sambutan Hari Raya Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim 2010

















Pada 6 Oktober 2010 di Dewan Tan Sri Khalid, JKR Malaysia, Jalan Sultan Sallahuddin, KL telah diadakan Sambutan Hari Raya Bagi Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. Sambutan ini diadakan tepat pukul 12 tengahari dan telah dirasmikan oleh Pengarah CPUM iaitu Tuan Dr. Mior.

Pelbagai juadah seperti satay, lontong, nasi berlaukan ayam, daging dan sebagainya serta kuih raya telah dihidangkan untuk dinikmati bersama. Pada sambutan ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada pesara-pesara dan sesi pengenalan pegawai yang baru berkhidmat dengan cawangan ini. Sesi bergambar dengan Tuan Pengarah turut diadakan sebagai tanda kenangan.

Bengkel Kerja Pelaksanaan HRMIS Di Peringkat UUT WU





Bertempat di JUPEM Kedah, Kulim satu Bengkel Kerja Pelaksanaan HRMIS bagi peringkat Unit Ukur Tanah Wilayah Utara telah dijalankan pada 4 dan 5 Oktober 2010. Bengkel ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh En Sukeri Taha bersama dengan 3 orang pembantunya. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelaksanaan pengemaskinian maklumat data-data peribadi, harta, cuti, laporan sasaran kerja tahunan dan sebagainya bagi setiap individu. Alhamdulilah, bengkel ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Bagi pihak UUT WU, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak BPKS dan BUT di atas  bengkel yang diadakan ini bagi tujuan kepentingan bersama. Disamping itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian JUPEM Kedah termasuklah Pengarah, Timbalan, Jurukur Daerah, Pegawai Teknologi Maklumat dan semua yang terlibat dalam memberi kebenaran menggunakan kemudahan yang disediakan seperti Bilik Mesyuarat, talian EG*Net dan sebagainya. Semoga kerjasama ini dapat ditingkatkan pada masa hadapan. InsyaAllah.

Tuesday, October 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Semoga ikatan ukhwah akan bertambah erat
demi kesejahteraan kita semua.