Wednesday, March 9, 2011

SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN UKUR TANAH

Bahagian Ukur Tanah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 17 Julai 1983 hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Langkah-langkah Mempercepatkan Projek-projek Pembangunan yang diterbitkan pada 26 Mac 1981. Perakuan Khas Nombor 2 yang terkandung dalam laporan berkenaan telah menetapkan bahawa:

‘Memandangkan kerja pengukuran tanah yang perlu dijalankan adalah banyak dan kakitangan Jabatan Ukur adalah terhad, sementara firma-firma Jurukur Tanah dan Penyelidikan Tanah adalah berkurangan, jawatan cadre Juruukur Tanah hendaklah diwujudkan di Jabatan Kerja Raya bagi menampung kekurangan kakitangan ini’.

Berikutan keputusan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Waran Perjawatan Bilangan 174/82 yang bertarikh 19 Jun 1982 untuk mewujudkan jawatan-jawatan kader juruukur tanah bagi Unit Ukur Tanah yang diletakkan di bawah Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Dengan penstrukturan semula Jabatan Kerja Raya Malaysia pada tahun 2005, Unit Ukur Tanah telah ditempatkan di bawah Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. Mulai 2008 ia dikenali sebagai Bahagian Ukur Tanah.

BORANG UJIAN KALIBRASI ALAT UKUR TOTAL STATION

Selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan yang mengkehendaki alat ukur EDM / Total Station dikehendaki menjalani ujian kalibrasi bagi setiap enam bulan. Berikut adalah borang yang perlu digunapakai merujuk kepada Sijil Akreditasi Tapak Ujian EDM yang telah disahkan tentukurannya oleh pasukan Bahagian Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kuala Lumpur. Kebiasaan Tapak Ujian EDM yang digunapakai oleh Unit Ukur Tanah Wilayah Utara adalah di Tapak Ujian EDM di Tapak Industri, Jalan Kilang Lama, Kulim, Kedah.



Tuesday, March 8, 2011

BULETIN CPUM BIL. 1 EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2010

Tahniah kepada semua warga penerbitan dan kakitangan CPUM di atas keluaran sulung buletin yang menarik ini. Secara ringkasnya Buletin CPUM ini mengandungi aktiviti yang telah dijalankan oleh Bahagian-Bahagian di bawah CPUM seperti Bahagian Ukur Tanah, Bahagian Maritim, bahagian Lapangan Terbang, Bahagian Pentadbiran, Bahagian BPKS, Bahagian Arkitek, Bahagian Ukur Bahan, Bahagian Mekanikal dan Bahagian Elektrikal. Semoga pada masa hadapan akan bertambah isi, peristiwa dan aktiviti yang boleh dipaparkan di dalam kandungan buletin tersebut. Berikut adalah isi kandungan yang melibatkan Bahagian Ukur Tanah sahaja.