Friday, December 3, 2010

Langkah Untuk Membuat Tanda Aras Sementara Di Pembentung

Tanda aras sementara merupakan tanda yang amat penting dalam kerja-kerja pengukuran topografi, jalan yang khususnya untuk kejuruteraan kerana ia melibatkan nilai aras ketinggian bagi sesuatu tempat dan butiran yang diambil. Tanda aras yang biasa disediakan adalah dengan menggunakan paip dan ditanda serta disimen di atas tanah. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini ditunjukkan langkah untuk menyediakan dan membuat tanda aras sementara di pembentung. Pastikan bahawa pembentung yang dipilih hendaklah di kedudukan kawasan yang selamat dan tidak sibuk serta bukan milik persendirian. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. Simen
2. Pasir
3. Air
4. Pepaku
5. Ceper Survey Mark 
6. Cat Minyak Warna Merah

Peralatan yang perlu disediakan adalah:
1. Pita Ukur
2. Tukul
3. Pahat 
4. Sudip

Langkah-langkah untuk membuat tanda aras sementara di atas pembentung adalah seperti berikut :













* Sila pastikan bahawa tanda aras sementara yang dipilih adalah berada di kedudukan dalam bukannya di luar pembentung bagi mengelakkan sebarang kerosakan. 

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Siri II Tahun 2010 Kementerian Kerja Raya Malaysia Bagi Pekerja Awam Unit Ukur Tanah Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim

Pada 9hb November 2010 berpusat di Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang telah dijalankan peperiksaan PTK tersebut yang melibatkan seramai 5 orang calon di mana 3 orang calon TK 1, 1 orang calon TK 2 dan 1 orang calon TK 3.
Ketua Pengawas yang dilantik adalah Penolong Pengarah Kanan (BUT) En. Zulkafli bin Chihat dan Pengawas adalah Penolong Pengarah (BUT) En. Ahmad bin Omar. Peperiksaan PTK ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 9hb hingga 11 hb. November 2010. Tujuan diadakan peperiksaan PTK di sini disebabkan oleh kesemua calon adalah bertugas di Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang.  







Latihan Praktik Pengukuran Tapak Bagi Kakitangan Kerja Luar Bahagian Ukur Tanah Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim

Pada 27 hb. hingga 29 hb September 2010, satu Latihan Praktik Pengukuran Tapak Bagi Kakitangan Kerja Luar telah diadakan khususnya bagi kakitangan Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang.







Latihan praktik ini telah dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Ukur Tanah), En. Wan Zainuddin bin Wan Yusoff, KMN, PPT dan Penolong Pengarah (Wilayah Tengah), En. Mohamad Azmar bin Che Mat.

Tujuan latihan praktik ini adalah bagi meningkatkan kompetensi tenaga kerja luar khususnya mengenai amalan terbaik kerja pengukuran tapak.

Melalui latihan praktik ini juga diharapkan isu-isu ketidaktepatan ukuran dan ketidaklengkapan butiran tapak akan dapat dihindari pada masa hadapan.