Friday, December 30, 2011

LAPORAN LATIHAN PRATIK UKUR LALUAN DAN JAMBATAN


Matlamat

Matlamat Latihan Praktik ini adalah bertujuan untuk membolehkan kakitangan di Unit Ukur Tanah mendapat kemahiran asas dan pengalaman dalam amalan profesional selaras dengan hasrat jabatan melahirkan pekerja yang cekap dan bertanggungjawab.


Objektif

Memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah dan tatacara menjalankan kerja ukur laluan dan jambatan.


Proses Kerja

Dalam melaksanakan latihan pratik tersebut kami telah menjalankan empat(4) peringkat proses kerja seperti berikut :

Peringkat 1 :  Pembinaan Tanda Aras Sementara
Tanda aras sementara adalah titik-titik tetap tetapi bersifat kurang kekal dan dibina berhampiran dengan tapak projek.

Langkah-Langkah Kerja Di Lapangan  :

1. Mengambil peralatan serta bahan seperti simen, paku, penukul dan cat.

 2. Membuat rekahan kecil di lokasi TBM yang telah ditentukan iaitu di bahagian bucu jambatan Jalan Kurau, Chai Leng Park, Perai. 


3. Membancuh mortar mengikut sukatan yang ditetapkan iaitu 1 bahagian simen nisbah 3 bahagian pasir. Seterusnya membina asas TBM melalui bancuhan mortar mengikut dimensi 7.5sm x 7.5sm dengan ketebalan 1sm di atas permukaan bucu jambatan.

 
4. Mempasak pepaku dan ceper ’survey mark’ di atas rekahan tersebut.


 
5.      Mencoret rujukan TBM di lokasi tapak projek sebagai TBM 2.


 6.      Cat keliling asas TBM yang telah dibina.




Peringkat 2 :  Pengukuran Kawalan Ketinggian - Ukur Aras 
Adalah satu kaedah untuk menentukan bezatinggi di antara dua titik di atas permukaan bumi.

Peralatan Yang Digunakan :

i)        Alat Aras Dompot (Dumpy Level)
ii)      Setaf Aras
iii)     Tripod
iv)   Buku Aras


 Langkah-Langkah Kerja Di Lapangan  :







Peringkat 3 - Pengukuran Laluan dan Jambatan

Ukur Topografi

Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang
digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.
Tujuan
Untuk menghasilkan peta topografi dan pelan keratan rentas bagi laluan dan jambatan tapak projek latihan pratik tersebut sebagai peta asas bagi kerja binaan dan rekabentuk seperti pembinaan jalan raya, jambatan, saluran paip, jalan keretapi dan sebagainya.

Peralatan Yang Digunakan

1.      Alat EDM Geodimeter
2.      Tripod
3.      Prizam Alat
4.      Prizam Pol
5.      Buku Tekimetri




Peringkat 4 - Penyediaan Pelan Ukur

Merupakan satu proses kerja dibuat selepas semua proses hitungan telah disiapkan bagi  penyediaan pelan muktamad yang menunjukkan legeh yang telah dipersetujui seperti :
 
i.       Kontur
ii.     Tanda Sempadan
iii.   Butiran Topografi
iv.    Ketinggian
v.      Keratan Rentas

Langkah-Langkah Kerja:

1. Memuat turun data-data cerapan yang telah diambil dari alat ukur ke komputer menggunakan aplikasi Geotool.

2.   Membuka fail data cerapan tersebut dan memproses menggunakan perisian SDR.

3. Memindahkan data tersebut ke format dxf bagi editing pelan ukur menggunakan perisian AutoCad.

4.  Menjalankan editing pelan ukur tersebut mengikut prosuder-prosuder yang telah ditetapkan seperti butiran, simbol, skala pelan dan format pelan.


Peringkat 5 - Hasil Laporan
Dua (2) pelan ukur yang dihasilkan dari latihan pratik tersebut adalah     Pelan Tapak / Pelan Topografi dan Pelan Keratan Rentas.



Thursday, December 29, 2011

Karnival Mini Sukan Indoor UUTWU 2011

Pada bulan Disember 2011, pejabat ini telah mengadakan karnival mini sukan indoor 2011 yang melibatkan 2 jenis sukan iaitu dart dan karom. Pertandingan dibahagikan kepada individu dan beregu di mana acara karom melibatkan kategori individu dan beregu. Manakala acara dart melibatkan kategori individu sahaja. Sambutan daripada setiap pegawai amat menggalakkan dan mereka sangat teruja setelah sekian lama tidak dilaksanakan aktiviti seperti ini. Berikut adalah foto-foto menarik sepanjang karnival mini sukan indoor Unit Ukur Tanah Wilayah Utara 2011 dijalankan. 




Sesi Undian



Sesi Undian



Sesi Undian



Sesi Undian



Jadual Pertandingan



Menanti Nama Saingan Masing-Masing



Dart



Dart



Karom



Karom

Pengadil

Tujuan diadakan karnival mini sukan indoor ini adalah untuk mengasah bakat dan kemahiran yang ada dikalangan pegawai pejabat ini. Disamping itu dapat meningkatkan lagi hubungan silaturahim sesama kami. 


Corat Coret Skim Baru Perkhidmatan Awam





Friday, December 9, 2011

Kursus Ukur Laluan dan Jambatan

Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kompetensi tenaga kerja luar khususnya mengenai amalan terbaik kerja pengukuran laluan. Latihan ini juga adalah bertepatan dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dan DACUM Bahagian Ukur Tanah selain bertujuan untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (key Performance Indicator-KPI) latihan bagi CPUM serta Jabatan Kerja Raya yang turut dinilai di bawah Sistem Star Rating (SSR).

Tempoh latihan adalah selama 4 hari iaitu dari 21-24 November 2011 yang melibatkan 3 orang Penolong Juruukur (J29), seorang Juruteknik Awam (J22) dan 10 orang Pekerja Awam(R1/R4) serta 2 orang Pemandu (R3/R6).

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan (Ukur Tanah) En. Zulkafli, Penolong Pengarah Wilayah Utara dan En Zamri (Penolong Juruukur Unit Ukur Tanah Wilayah Timur Laut, Panji, Kelantan) yang membentangkan aplikasi AutoCad.

Pada akhir sesi telah diadakan pembentangan laporan kerja lapangan yang telah dilakukan oleh 2 kumpulan yang diketuai oleh En. Muzaidy dan En. Wan Mazlan. Pelbagai soalan telah diajukan oleh Penolong Pengarah Kanan sebagai respon hasil daripada kerja-kerja ukuran yang dijalankan. 

Adalah diharapkan melalui latihan praktik ini, isu-isu ketidaktepatan ukuran dan ketidaklengkapan butiran laluan dan jambatan akan dapat dihindari pada masa hadapan.





















Ukuran Bersama Gamuda dan Perunding Adroit Consulting Engineers Sdn Bhd

Pada 10.11.2011 satu ukuran bersama telah dijalankan diantara pihak Gamuda (kontraktor yang menjalankan kerja-kerja landasan keretapi elektrik berkembar dari Ipoh, Perak ke Padang Besar, Perlis) dengan pihak perunding Adroit Consulting Engineers Sdn Bhd (perunding bagi Cadangan Membina Jejambat Menghubungi Jalan Permatang Rawa - Jalan Perda Timur merentasi Jalan Padang Lalang/Jalan Permatang Rawa, Bukit Merjam, Pulau Pinang). 

Ukuran bersama ini adalah bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja penandaan koordinat di tapak bagi pilecap dan koridor untuk cadangan Road Over Bridge (ROB) di atas platform konkrit di kawasan landasan keretapi berkembar KTMB.

Kehadiran wakil Unit Ukur Tanah Wilayah Utara adalah sebagai saksi kerana pihak kami terlibat di dalam kerja-kerja pengukuran tapak sebelum ini dimana satu perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan penggunaan sistem koordinat yang berbeza iaitu di antara Sistem RSO dan Sistem Cassini.