Friday, December 3, 2010

Langkah Untuk Membuat Tanda Aras Sementara Di Pembentung

Tanda aras sementara merupakan tanda yang amat penting dalam kerja-kerja pengukuran topografi, jalan yang khususnya untuk kejuruteraan kerana ia melibatkan nilai aras ketinggian bagi sesuatu tempat dan butiran yang diambil. Tanda aras yang biasa disediakan adalah dengan menggunakan paip dan ditanda serta disimen di atas tanah. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini ditunjukkan langkah untuk menyediakan dan membuat tanda aras sementara di pembentung. Pastikan bahawa pembentung yang dipilih hendaklah di kedudukan kawasan yang selamat dan tidak sibuk serta bukan milik persendirian. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. Simen
2. Pasir
3. Air
4. Pepaku
5. Ceper Survey Mark 
6. Cat Minyak Warna Merah

Peralatan yang perlu disediakan adalah:
1. Pita Ukur
2. Tukul
3. Pahat 
4. Sudip

Langkah-langkah untuk membuat tanda aras sementara di atas pembentung adalah seperti berikut :













* Sila pastikan bahawa tanda aras sementara yang dipilih adalah berada di kedudukan dalam bukannya di luar pembentung bagi mengelakkan sebarang kerosakan. 

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Siri II Tahun 2010 Kementerian Kerja Raya Malaysia Bagi Pekerja Awam Unit Ukur Tanah Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim

Pada 9hb November 2010 berpusat di Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang telah dijalankan peperiksaan PTK tersebut yang melibatkan seramai 5 orang calon di mana 3 orang calon TK 1, 1 orang calon TK 2 dan 1 orang calon TK 3.
Ketua Pengawas yang dilantik adalah Penolong Pengarah Kanan (BUT) En. Zulkafli bin Chihat dan Pengawas adalah Penolong Pengarah (BUT) En. Ahmad bin Omar. Peperiksaan PTK ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 9hb hingga 11 hb. November 2010. Tujuan diadakan peperiksaan PTK di sini disebabkan oleh kesemua calon adalah bertugas di Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang.  







Latihan Praktik Pengukuran Tapak Bagi Kakitangan Kerja Luar Bahagian Ukur Tanah Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim

Pada 27 hb. hingga 29 hb September 2010, satu Latihan Praktik Pengukuran Tapak Bagi Kakitangan Kerja Luar telah diadakan khususnya bagi kakitangan Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang.







Latihan praktik ini telah dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Ukur Tanah), En. Wan Zainuddin bin Wan Yusoff, KMN, PPT dan Penolong Pengarah (Wilayah Tengah), En. Mohamad Azmar bin Che Mat.

Tujuan latihan praktik ini adalah bagi meningkatkan kompetensi tenaga kerja luar khususnya mengenai amalan terbaik kerja pengukuran tapak.

Melalui latihan praktik ini juga diharapkan isu-isu ketidaktepatan ukuran dan ketidaklengkapan butiran tapak akan dapat dihindari pada masa hadapan.

Thursday, October 7, 2010

Sambutan Hari Raya Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim 2010

















Pada 6 Oktober 2010 di Dewan Tan Sri Khalid, JKR Malaysia, Jalan Sultan Sallahuddin, KL telah diadakan Sambutan Hari Raya Bagi Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. Sambutan ini diadakan tepat pukul 12 tengahari dan telah dirasmikan oleh Pengarah CPUM iaitu Tuan Dr. Mior.

Pelbagai juadah seperti satay, lontong, nasi berlaukan ayam, daging dan sebagainya serta kuih raya telah dihidangkan untuk dinikmati bersama. Pada sambutan ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada pesara-pesara dan sesi pengenalan pegawai yang baru berkhidmat dengan cawangan ini. Sesi bergambar dengan Tuan Pengarah turut diadakan sebagai tanda kenangan.

Bengkel Kerja Pelaksanaan HRMIS Di Peringkat UUT WU





Bertempat di JUPEM Kedah, Kulim satu Bengkel Kerja Pelaksanaan HRMIS bagi peringkat Unit Ukur Tanah Wilayah Utara telah dijalankan pada 4 dan 5 Oktober 2010. Bengkel ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh En Sukeri Taha bersama dengan 3 orang pembantunya. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelaksanaan pengemaskinian maklumat data-data peribadi, harta, cuti, laporan sasaran kerja tahunan dan sebagainya bagi setiap individu. Alhamdulilah, bengkel ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Bagi pihak UUT WU, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak BPKS dan BUT di atas  bengkel yang diadakan ini bagi tujuan kepentingan bersama. Disamping itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian JUPEM Kedah termasuklah Pengarah, Timbalan, Jurukur Daerah, Pegawai Teknologi Maklumat dan semua yang terlibat dalam memberi kebenaran menggunakan kemudahan yang disediakan seperti Bilik Mesyuarat, talian EG*Net dan sebagainya. Semoga kerjasama ini dapat ditingkatkan pada masa hadapan. InsyaAllah.

Tuesday, October 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Semoga ikatan ukhwah akan bertambah erat
demi kesejahteraan kita semua.

Monday, August 23, 2010

Kalibrasi Alat Ukur




Pada 19 Ogos 2010 satu ujian kalibrasi alat Total Station telah diadakan di Tapak Ujian EDM Kilang Lama, Kulim, Kedah Darul Aman. Pegawai yang terlibat adalah En. Muzaidy bin Din, En. Mohamad nazrul Amin bin Yahaya, En. Wan Mazlan bin Wan Mahmood serta lima (5) orang Pekeja Awam yang terlibat. Sebanyak dua (2) unit alat telah dilaksanakan ujian tersebut manakala satu (1) unit sedang diselenggara di Kuala Lumpur manakala satu (1) unit lagi telah rosak dan tidak boleh digunapakai dan telah dicadangkan untuk tindakan pelupusan. Hasil daripada ujian tersebut telah dikemukakan ke Bahagian Ukur Tanah, CPUM, Ibu Pejabat JKR Malaysia, KL untuk tujuan perekodan.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang




Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 53.