Friday, April 16, 2010

Latarbelakang

Unit Ukur Tanah Wilayah Utara (UUTWU) adalah di bawah seliaan Bahagian Ukur Tanah (BUT) Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim, JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. UUT WU diterajui oleh seorang Penolong Pengarah iaitu Juruukur Gred J44 dan dibantu oleh 3 orang Pembantu Teknik Ukur Gred J29, 1 orang Juruteknik Awam Gred J17, 2 orang Pemandu Gred R3, 6 orang Pekerja Awam Gred R4 dan 4 orang Pekerja Awam Gred R1.

Pejabat UUT WU terletak di Jalan Solok Perusahaan 2, Kawasan Perindustrian Perai, Seberang Perai Tengah, 13600 Perai, Pulau Pinang. Sebelum ini, pejabat UUT WU berkongsi dengan IKRAM. Namun demikian hasil daripada penswastaan, IKRAM telah berpindah keluar daripada pejabat ini.