Wednesday, June 30, 2010

Tapak Pelarasan Tetap Alat Ukur Aras - Untuk Ujian Dua Piket


1.0 PENDAHULUAN
Tapak pelarasan tetap alat ukur aras ini dicadangkan dilaksanakan di kawasan lapang bagi kegunaan semasa. Pelarasan ini merupakan satu kaedah semakan yang memastikan bahawa alat ukur aras sentiasa berada dalam berkeadaan baik.


2.0 TUJUAN PELARASAN

Pelarasan tetap bagi alat ukur aras perlu disemak untuk memastikan bahawa garis kolimatan berkeadaan selari dengan tangent utama. Oleh itu, apabila gelembung udara berada di tengah-tengah tiub, maka garis kolimatan adalah mengufuk. Jika garis kolimatan tidak disetkan betul-betul mengufuk, maka selisih kolimatan terwujud dalam alat ukur aras tersebut.


3.0 SELA MASA PELARASAN

Pelarasan ini dikenali sebagai pelarasan tetap dan perlu dilakukan pada sela masa yang tetap sepanjang usia alat ukur aras tersebut contohnya seminggu sekali bergantung kepada kekerapan alat itu digunakan.


4.0 TATACARA BAGI MENJALANKAN UJIAN 2 PIKET (Lihat Rajah 1)

i. Dirikan alat di C di atas tanah yang lebih kurang rata, di tengah-tengah antara titik A dan titik B. Jarak antara titik A dan B adalah lebih kurang 60 m.

ii. Ambil bacaan setaf a1 dan b1 masing-masing di atas piket A dan B.

iii. Di dalam pengiraan : (a1 –b1 ) memberikan perbezaan sebenar antara aras laras A dan B kerana jarak-jarak pandangan (yang menyebabkan berlakunya seliseh) adalah sama.

iv. Pindahkan alat ke D yang berada di atas garis AB. Sebaikbaiknya berjarak L/10m daripada piket B.

v. Ambil bacaan bacaan setaf a2 dan b2 yang masing-masingnya pada titik A dan B.

vi. Apabila (a1 – b1) = (a2 – b2), jika ini benar, alat adalah dalam pelarasan. Jika terdapat sebarang perbezaan nilai, ia terjadi dalam jarak L meter dan kerana itu :Selisih kolimatan (e) = (a1 – b1) - (a2 –b2) m per L meter

vii. Jika selisih itu didapati kurang daripada ± 3mm per 60 m, alat aras tidak perlu pelarasan. Sebaliknya, sesuatu bacaan yang diambil mesti dicerap pada jarak yang sama atau pendek supaya selisih kolimatan terhapis atau diabaikan.

viii. Sekiranya selisih melebihi nilai toleransinya maka alat ukur aras tersebut perlu dihantar servis untuk pelarasan dalam makmal.

5s




Ia mula diamalkan di Jepun untuk pihak industri dan kilang. Manakala di Malaysia diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada pihak kilang, industri dan firma. Namun begitu UUT telah mengorak langkah mengamalkan 5 S mulai tahun 2008. Nampaknya 5S telah membawa perubahan kepada pejabat ini dari segi keceriaan dan kecekapan dalam mengakseskan bahan atau fail di pejabat dengan lebih pantas. Dengan cara ini , pengurusan pejabat akan lebih cekap dan teratur.

Hari Keluarga Unit Ukur Tanah Wil Utara dan JUPEM Pulau Pinang 2009










Pada 24 Oktober 2009 bertempat di perkarangan pejabat Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai telah diadakan Hari Keluarga UUT WU dengan JUPEM P.Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan JUPEM Pulau Pinang, Tn, Hj, Salehan bin Ngadiman. Majlis ini bermula pukul 8.30 pagi dan disediakan juga sarapan pagi untuk kakitangan yang hadir.
Pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa telah dijalankan. Tidak ketinggalan juga cabutan bertuah dijalankan dari masa ke semasa. Yang pasti hadiah pertama adalah TV 29 inci. Apa yang pasti semua kakitangan yang hadir berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah.
Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 2 petang. Terima kasih kepada pihak JUPEM P.Pinang yang sudi mengadakan joint Hari Keluarga di pejabat ini.

Jamuan Hari Perpisahan dan Hari Raya 13 Oktober 2009






JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1430H & MAJLIS PERPISAHAN BAGI EN. EDRIN BIN MOHD EUSOFF, EN. ZAINAL ABIDIN BIN ABD MAJID, EN. RAHIMI BIN RUKUNUDIN, EN. JAMALI BIN AHMAD & EN. AMERUDIN BIN AZMIDI UNIT UKUR TANAH WILAYAH UTARA, PERAI
Julung kalinya Majlis Sambutan Hari RayaAidilfitri 1430H bagi Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai diadakan serentak dengan Majlis Perpisahan bagi lima (5) orang bekas pegawai yang pernah berkhidmat di Unit Ukur tanah Wilayah Utara ini.
Tujuan diadakan majlis yang sederhana ini bagi meneruskan ikatan salam silaturahim dan perhubungan sesama kakitangan Unit Ukur Tanah Wilayah Utara dengan pegawai yang telah bertukar di Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Disamping itu, para tetamu jemputan terdiri daripada Juruukur Daerah P.Pinang, Penolong-Penolong Pengarah Ukur JUPEM P.Pinang, JKR Elektrik, Pejabat Tanah Seberang Perai Tengah, kontraktor kebersihan dan sebagainya.

Bagi menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh para bekas pegawai sepanjang berkhidmat di Unit Ukur Tanah Wilayah Utara ini maka penyampaian hadiah yang tidak seberapa diberikan kepada mereka.

Semoga majlis yang sederhana ini dapat meningkatkan rangkaian hubungan sesama pegawai Unit Ukur Tanah Wilayah Utara samada yang masih berkhidmat atau telah bertukar dalam memerlukan sebarangbentuk pertolongan rangkaian kerja.

Majlis ini telah selesai lebih kurang pukul 2.00 petang. Terima kasih di atas kehadiran pegawai-pegawai yang diraikan, tetamu-tetamu jemputan dan juga kerjasama dan sokongan semua pegawai dan kakitangan Unit Ukur Tanah Wilayah Utara ini dalam menjayakan majlis ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Kronologi Penolong Pengarah di Unit Ukur Tanah Wilayah Utara

1. En. Md. Hussain bin Khamis (1983)

2. Dr. Zainal bin Abdul Majeed (2 November 1992)

3. En. Md. Aris bin Hj. Ismail (1 Mac 1996)

4. En. Hisham bin Husain (1 Januari 2001)

5. En. Sabri bin Yusof (1 Oktober 2002)

6. En. Zainal Abidin bin Abd. Majid (1 September 2003)

7. En. Edrin bin Mohd Eusoff ( 2 Januari 2008)

8. Sr Muhammad Asyran bin Che Amat ( 2 Minggu)

9. En. Mohamad Zikri bin Mat Isa (1 September 2009)

Serah Tugas



Secara simboliknya penyerahan tugas ini iaitu di antara En. Mohamad Zikri bin Mat Isa dengan En. Edrin bin Mohd. Eusoff berlangsung di Pejabat Ukur Daerah Kedah Selatan, Kulim pada 11 September 2009. Pertukaran di antara En. Mohamad Zikri bin Mat Isa dengan En. Edrin bin Mohd Eusoff secara rasmi berkuatkuasa pada 1 September 2009. Selamat berjaya bagi kedua-duanya di tempat kerja baru.

Tuesday, June 29, 2010

Contoh Carta Alir - Penerimaan Kerja Ukur



*Dikemaskini sehingga 11 Jun 2010

Contoh Proses Kerja - Penerimaan Kerja Ukur



*Dikemaskini sehingga 11 Jun 2010

Senarai Borang-Borang Yang Digunakan



*Dikemaskini sehingga 11 Jun 2010

Senarai Undang-Undang, Pekeliling dan Peraturan Yang Berkaitan

1. Perlembangan Negara Malaysia

2. Perintah Am Kerajaan Malaysia Bab A hingga G

3. Arahan Perbendaharaan

4. Arahan Perkhidmatan

5. Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya

6. Pekeliling Perbendaharaan / Surat Pekeliling Perbendaharaan

7. Perkeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

8. Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP)

9. Peraturan Ukur 2009

Peraturan - Peraturan Pentadbiran

1. Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya

2. Arahan Teknik

3. Spesifikasi JKR

Objektif Unit Ukur Tanah

1. Menjalankan kerja-kerja Ukur Tanah (termasuk hidrografi) bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh JKR (Cawangan-cawangan di Ibupejabat JKR dan JKR Negeri) untuk menentukan lokasi, sempadan tapak projek, aras, topografi, batimetri, butiran dan jajaran sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

2. Memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan teknikal kepada cawangan-cawangan di dalam Kementerian Kerja Raya mengenai aktiviti pengukuran yang akan memberi maklumat asas kepada semua perancangan projek-projek pembangunan Jabatan Kerja Raya.

3. Memeriksa serta meneliti ukuran-ukuran yang telah dijalankan oleh Jurukur Berlesen bagi menjaga kepentingan Jabatan.

Saturday, June 12, 2010

Senarai Tugas Penolong Juruukur J29

1. Mengetuai pasukan ukur dan menjalankan kerjaluar mengikut spesifisi yang ditetapkan.

2. Mengawal disiplin dan tatatertib kakitangan selian (Pekerja Rendah Awam) serta menguruskan tuntutan elaun kerjaluar dan lebih masa mereka.

3. Menjaga dan menyelia kedatangan dan cuti dibawah seliaannya.

4. Menjalankan ukuran kejuruteraan dan ukuran hidrografi seperti mana yang diarahkan dan memenuhi spesifikasi serta terma rujukan yang ditetapkan oleh pelanggan.

5. Memproses hasil kerja ukur bagi menyediakan Pelan Ukur dalam bentuk ’hardcopy‘ dan ’softcopy‘.

6. Menjalankan tentukuran alat-alat seperti EDM, tiodolit dan lain-lain lagi bagi memastikan alat-alat tersebut mencapai tahap piawai seperti digariskan dalam Peraturan Ukur dan Pekeliling KPUP.

7. Bertanggungjawap keatas keselamatan dan pengawasan alat-alat ukur yang dikeluarkan kepada kumpulannya.

8. Bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan peralatan ukur seperti Alat Ukur Jarak Elektronik (EDM), Pemerum Gema (Echo Sounder), Pita Ukur, Prisma Sasaran dan lain-lain kelengkapan ukur semasa dan selepas kerja.

9. Memastikan kemajuan dan mutu hasil kerja mencapai tahap yang ditetapkan oleh Jabatan.

10. Menjalankan lain-lain arahan teknikal yang diarahkan oleh KPP(UUT) dan PP(UUT) dari masa ke semasa.

Senarai Tugas Penolong Pengarah

a) Bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Ukur Tanah) dan mematuhi arahan-arahan beliau.

b) Bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan menyelia pejabat Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai serta kakitangan.

c) Mengurus, merancang dan mengawasi permohonan ukur cadangan tapak projek kerajaan yang diberi tanggungjawab oleh Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Negeri dan Pejabat Jurutera Daerah supaya dapat ukuran dibuat dan satu pelan projek dihasilkan mengikut spesifikasi dan peraturan yang dikehendaki oleh pelanggan.

d) Mengawal, merancang serta mengeluarkan arahan yang tepat kepada pegawai dan kakitangan supaya hasil kerja yang dikeluarkan adalah produktif dan berkualiti semasa menjalankan kerjaluar dan semasa di pejabat.

e) Membuat pemeriksaan dan penyeliaan terhadap pasukan kerjaluar dalam unit ukur tanah wilayah dengan membuat lawatan tapak dan memastikan ukuran dibuat memepati kehendak pelanggan.

f) Menyelia kerja-kerja pejabat dengan menyemak hasilkerja projek supaya lengkap, kemas, teratur dan berkualiti sebelum dikemukakan kepada pelanggan.

g) Menyedia laporan kemajuan bulanan Unit Ukur Tanah Wilayah Utara.

h) Menyedia dan mengatur program latihan untuk kakitangan dari masa ke semasa bagi memastikan prosedur kerja selaras dengan perkembangan semasa.

i) Memastikan kelengkapan peralatan ukur, kemudahan komputer dan pejabat dalam keadaan baik serta mengambil tindakan untuk pembaikan atau penyenggaraan dari masa ke semasa.

j) Menyediakan Laporan Projek Siap, Laporan Projek Dalam Tindakan, Laporan Pergerakan Pengukur dan Diari Bulanan setiap bulan kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit Ukur Tanah sebelum 8 hb.

k) Menyemak serta meluluskan segala Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri dan Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa bagi kakitangan.

l) Memberi khidmat nasihat perundingan dalam bidang Ukur Tanah kepada mana-mana cawangan/unit dalam Jabatan Kerja Raya Malaysia yang memerlukannya.

m) Menghadiri mesyuarat projek ukur di peringkat JKR Negeri atau Daerah jika perlu, Mesyuarat Unit Ukur Tanah dan lain-lain mesyuarat Pegawai-Pegawai kanan peringkat Cawangan di Kuala Lumpur.

n) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Penolong Pengarah dari masa ke semasa.

Carta Organisasi CPUM



*Dikemaskini sehingga 11 Jun 2010

Carta Organisasi UUT WU


*Dikemaskini sehingga 11 Jun 2010

Carta Organisasi UUT CPUM


*Dikemaskini sehingga 11 Jun 2010