Tuesday, August 9, 2011

Warga UUTWU 2007-2009


Inilah dia warga Unit Ukur Tanah Wilayah Utara 
bagi sesi 2007-2009
yang diketuai oleh En. Edrin bin Mohd Eusoff.

Ramadan Kembali

Ramadan kembali lagi.
Namun, adakah kita telah bersiap sedia untuk mengharunginya. Apakah aspek mental dan fizikal kita dapat melaksanakan segala perbuatan kebaikan yang menjanjikan tidak ternilai berganda pahala olehNya? Bukan sahaja aktiviti sukan juga yang memerlukan kecergasan untuk mengharunginya TETAPI berpuasa juga turut sama mempunyai kaitan dengan kecergasan fizikal dan mental. Maka rebutlah peluang keemasan akhirat yang terbentang luas ini supaya segala amalan kebaikan ditingkatkan untuk dibawa ke tempat asal kita di sana - Akhirat. 
Selamat Berpuasa Untuk Semua Muslimin dan Muslimat. 


Thursday, August 4, 2011

Kenduri Menyambut Ramadhan 2011

Alhamdulillah.

Pada 28hb Julai 2011 kami sepejabat telah bergotong royong mengadakan kenduri menyambut Ramadhan. Dengan kerjasama yang dibentuk oleh seramai 17 orang maka perjalanan penyediaan makanan dan minuman telah berjaya disediakan. Walaupun menu makanan adalah simple tetapi sungguh enak di makan.

Pada masa yang sama, hasil kerjasama rakyat UUT Wilayah Utara ini maka satu kolam ikan baru telah diwujudkan di muka bumi pejabat ini. Dengan kreativiti tersendiri oleh bakat-bakat terpendam maka hasil titik peluh yang mencurah-curah telah berjaya merekabentuk kolam ikan tersebut. Rupanya bukan mudah untuk dilaksanakan projek ini.

Semoga kerjasama erat ini dikekalkan pada masa hadapan dan sampai bila-bila masa pun. Amin.

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah.