Friday, December 9, 2011

Kursus Ukur Laluan dan Jambatan

Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kompetensi tenaga kerja luar khususnya mengenai amalan terbaik kerja pengukuran laluan. Latihan ini juga adalah bertepatan dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dan DACUM Bahagian Ukur Tanah selain bertujuan untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (key Performance Indicator-KPI) latihan bagi CPUM serta Jabatan Kerja Raya yang turut dinilai di bawah Sistem Star Rating (SSR).

Tempoh latihan adalah selama 4 hari iaitu dari 21-24 November 2011 yang melibatkan 3 orang Penolong Juruukur (J29), seorang Juruteknik Awam (J22) dan 10 orang Pekerja Awam(R1/R4) serta 2 orang Pemandu (R3/R6).

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan (Ukur Tanah) En. Zulkafli, Penolong Pengarah Wilayah Utara dan En Zamri (Penolong Juruukur Unit Ukur Tanah Wilayah Timur Laut, Panji, Kelantan) yang membentangkan aplikasi AutoCad.

Pada akhir sesi telah diadakan pembentangan laporan kerja lapangan yang telah dilakukan oleh 2 kumpulan yang diketuai oleh En. Muzaidy dan En. Wan Mazlan. Pelbagai soalan telah diajukan oleh Penolong Pengarah Kanan sebagai respon hasil daripada kerja-kerja ukuran yang dijalankan. 

Adalah diharapkan melalui latihan praktik ini, isu-isu ketidaktepatan ukuran dan ketidaklengkapan butiran laluan dan jambatan akan dapat dihindari pada masa hadapan.





















No comments:

Post a Comment