Thursday, August 4, 2011

Kenduri Menyambut Ramadhan 2011

Alhamdulillah.

Pada 28hb Julai 2011 kami sepejabat telah bergotong royong mengadakan kenduri menyambut Ramadhan. Dengan kerjasama yang dibentuk oleh seramai 17 orang maka perjalanan penyediaan makanan dan minuman telah berjaya disediakan. Walaupun menu makanan adalah simple tetapi sungguh enak di makan.

Pada masa yang sama, hasil kerjasama rakyat UUT Wilayah Utara ini maka satu kolam ikan baru telah diwujudkan di muka bumi pejabat ini. Dengan kreativiti tersendiri oleh bakat-bakat terpendam maka hasil titik peluh yang mencurah-curah telah berjaya merekabentuk kolam ikan tersebut. Rupanya bukan mudah untuk dilaksanakan projek ini.

Semoga kerjasama erat ini dikekalkan pada masa hadapan dan sampai bila-bila masa pun. Amin.

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah.





















No comments:

Post a Comment