Tuesday, July 19, 2011

Kursus Ukur Tanah Di Pejabat JKR Kulim/Bandar Baharu, Kedah

Salam.

Bertempat di Pejabat JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu satu kursus ukur tanah telah diadakan pada 12 dan 13 Julai 2011. Kursus ini merupakan julung kali diadakan oleh Pejabat Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang bersama dengan Pejabat JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. Kursus ini melibatkan penerangan teori berkenaan bidang ukur tanah dan juga praktikal bagi kerja-kerja ukur aras. Secara umumnya, kursus ini dapat fresh back pengetahuan pihak jurutera dan pegawai Pejabat JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu dalam bidang kejuruteraan yang melibatkan pembangunan sesuatu bangunan dan juga naiktaraf jalanraya. 

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan Pejabat JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu dalam mengadakan kursus ukur tanah ini. Pada masa yang sama, kursus ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang erat di antara Unit Ukur Tanah Wilayah Utara dengan Pejabat JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan pada masa akan datang. Insya Allah.



























No comments:

Post a Comment