Saturday, June 12, 2010

Senarai Tugas Penolong Pengarah

a) Bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Ukur Tanah) dan mematuhi arahan-arahan beliau.

b) Bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan menyelia pejabat Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai serta kakitangan.

c) Mengurus, merancang dan mengawasi permohonan ukur cadangan tapak projek kerajaan yang diberi tanggungjawab oleh Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Negeri dan Pejabat Jurutera Daerah supaya dapat ukuran dibuat dan satu pelan projek dihasilkan mengikut spesifikasi dan peraturan yang dikehendaki oleh pelanggan.

d) Mengawal, merancang serta mengeluarkan arahan yang tepat kepada pegawai dan kakitangan supaya hasil kerja yang dikeluarkan adalah produktif dan berkualiti semasa menjalankan kerjaluar dan semasa di pejabat.

e) Membuat pemeriksaan dan penyeliaan terhadap pasukan kerjaluar dalam unit ukur tanah wilayah dengan membuat lawatan tapak dan memastikan ukuran dibuat memepati kehendak pelanggan.

f) Menyelia kerja-kerja pejabat dengan menyemak hasilkerja projek supaya lengkap, kemas, teratur dan berkualiti sebelum dikemukakan kepada pelanggan.

g) Menyedia laporan kemajuan bulanan Unit Ukur Tanah Wilayah Utara.

h) Menyedia dan mengatur program latihan untuk kakitangan dari masa ke semasa bagi memastikan prosedur kerja selaras dengan perkembangan semasa.

i) Memastikan kelengkapan peralatan ukur, kemudahan komputer dan pejabat dalam keadaan baik serta mengambil tindakan untuk pembaikan atau penyenggaraan dari masa ke semasa.

j) Menyediakan Laporan Projek Siap, Laporan Projek Dalam Tindakan, Laporan Pergerakan Pengukur dan Diari Bulanan setiap bulan kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit Ukur Tanah sebelum 8 hb.

k) Menyemak serta meluluskan segala Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri dan Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa bagi kakitangan.

l) Memberi khidmat nasihat perundingan dalam bidang Ukur Tanah kepada mana-mana cawangan/unit dalam Jabatan Kerja Raya Malaysia yang memerlukannya.

m) Menghadiri mesyuarat projek ukur di peringkat JKR Negeri atau Daerah jika perlu, Mesyuarat Unit Ukur Tanah dan lain-lain mesyuarat Pegawai-Pegawai kanan peringkat Cawangan di Kuala Lumpur.

n) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Penolong Pengarah dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment