Wednesday, March 9, 2011

SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN UKUR TANAH

Bahagian Ukur Tanah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 17 Julai 1983 hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Langkah-langkah Mempercepatkan Projek-projek Pembangunan yang diterbitkan pada 26 Mac 1981. Perakuan Khas Nombor 2 yang terkandung dalam laporan berkenaan telah menetapkan bahawa:

‘Memandangkan kerja pengukuran tanah yang perlu dijalankan adalah banyak dan kakitangan Jabatan Ukur adalah terhad, sementara firma-firma Jurukur Tanah dan Penyelidikan Tanah adalah berkurangan, jawatan cadre Juruukur Tanah hendaklah diwujudkan di Jabatan Kerja Raya bagi menampung kekurangan kakitangan ini’.

Berikutan keputusan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Waran Perjawatan Bilangan 174/82 yang bertarikh 19 Jun 1982 untuk mewujudkan jawatan-jawatan kader juruukur tanah bagi Unit Ukur Tanah yang diletakkan di bawah Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Dengan penstrukturan semula Jabatan Kerja Raya Malaysia pada tahun 2005, Unit Ukur Tanah telah ditempatkan di bawah Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. Mulai 2008 ia dikenali sebagai Bahagian Ukur Tanah.

No comments:

Post a Comment