Friday, April 15, 2011

Mesyuarat Bahagian Ukur Tanah Bilangan 1 Tahun 2011

Satu mesyuarat Bahagian Ukur Tanah Bilangan 1 Tahun 2011 telah diadakan di Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, Pulau Pinang. Surat panggilan mesyuarat tersebut adalah seperti di bawah:


Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir bagi En. Mohamad Azmar bin Che Mat, Penolong Pengarah Wilayah Tengah, Kuala Lumpur yang akan bertukar ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kuala Lumpur iaitu di Bahagian Utiliti berkuatkuasa pada 18 April 2011. Tahniah di atas kenaikan pangkat beliau ke J48. Pejabat ini merakamkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang berurusan dengan beliau. Semoga beliau terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kerjaya. InsyaAllah.

Sesi Bergambar Kenangan Bersama En. Azmar

Anak Pekerja Awam Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Perai, PP Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa anak kedua kepada En. Amurthalingam a/l Subramaniam (Pekerja Awam, R4) iaitu Gahyathri a/p Amurthalingam yang berumur 9 tahun telah meninggal dunia pada 23 Januari 2011 pada pukul 8.05 malam di Hospital Pulau Pinang. Kematian beliau disebabkan oleh penyakit Acute Lymphoblastic Leukaemia With Massive Intrcranial Haemorrhage. Takziah kepada beliau.