Tuesday, February 22, 2011

Carta Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan 5S

Langkah pertama dalam melaksanakan amalan 5S adalah mewujudkan Carta Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan 5S seperti di bawah ini. Semoga dengan wujudnya carta ini maka setiap kakitangan Unit Ukur Tanah Wilayah Utara dapat bergerak dengan jitu dan mencapai matlamat pelaksanaan 5S tersebut.


JKR*Net

JKR*Net merupakan sebuah projek di bawah Bahagian Teknologi Maklumat JKR. Projek ini bertujuan untuk menghubungkan semua pejabat JKR Negeri serta Daerah dan juga Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Tengah, Timur, Timur Laut dan Selatan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kelancaran penyampaian maklumat di antara pejabat-pejabat JKR.

JKR*Net adalah satu perkhidmatan IPVPN yang menggunakan talian EG*Net yang akan dipasangkan ke JKR Negeri serta Unit Ukur Tanah Wilayah Utara, Tengah, Timur, Timur Laut dan Selatan. Talian EG*Net tersebut dihubungkan terus ke Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Keselamatan rangkaian EG*net telah digunakan oleh aplikasi-aplikasi kerajaan elektronik. Keselamatan maklumat dan transaksi yang dilakukan menggunakan rangkaian tersebut telah terbukti.

Pemantauan rangkaian dapat dilakukan dengan berkesan oleh Ibu pejabat JKR kerana semua operasi rangkaian JKR*Net dilaksanakan secara terpusat.